Blog Sinakagon Gaduan ( sinakagongaduan.blogspot.my ) ini dibangunkan untuk menjejaki saudara-saudara dari susur galur keluarga dari perkhawinan Gaduan dengan Kunjip.
Tujuannya adalah untuk merekodkan susur galur atau pohon keluarga bermula dari Gaduan.
Tujuannya adalah untuk merekodkan susur galur atau pohon keluarga bermula dari Gaduan.
Pentadbir terfikir Blog seperti ini perlu dibuat selepas pertemuan Pertama antara ahli keluarga dari Kaliah Gaduan, Gumbihoi Gaduan, Sabayoi Gaduan, Sawik Gaduan, Sabalat Gaduan dan Gaddam Gaduan.
Memikirkan kemudahan teknologi yang berkembang hebat, memudahkan bagi ahli keluarga Gaduan membuat rujukan. Blog Keluarga Gaduan ini sebagai arkib kekal sebagai rujukan generasi akan datang kerana walaupun Pentadbir Blog ini sudah tidak ada lagi, Blog ini masih kekal si sini disamping dengan medium lain yang dibukukan.
Disamping itu, pengemaskinian salasilah kelurga juga mudah dan boleh diakses walau di mana pun ahli keluarga Gaduan berada.
Semoga dengan usaha kecil membangunkan Blog keluarga ini memberi sedikit manafaat yang berguna kepada generasi yang akan datang.
Objektif utama membangunkan Blog keluarga ini adalah:
1. Menjejaki keluarga yang terpisah dan tidak dikenal.
2. Merapatkan lagi hubungan antara keluarga.
3. Pertemuan keluarga besar sekali dalam setahun.
4. Saling memaklumkan di kalangan keluarga apabila terjadi musibah atau
kesusahan di kalangan keluarga besar.
5. Saling memaklumkan di kalangan keluarga apabila mana-mana keluarga yang
mengadakan acara keluarga seperti perkahwinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan